Sunday, December 23, 2018

Resipi Nasi Lemak

Resipi Nasi Lemak

(2 orang makan)




Bahan - bahan:


Nasi:

  • Beras
  • Santan
  • Halia 2.5cm (dihiris)
  • Garam


Sambal:

  • Minyak
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia 2.5cm
  • Cili kisar
  • Ikan bilis
  • Asam jawa
  • Air


Bahan lain:

  • Serbuk kunyit
  • Ayam goreng
  • Telur
  • Timun



Cara - cara:

1. Untuk tidak membuang masa, masak nasi terlebih dahulu. Masak nasi dengan kuantiti air seperti memasak nasi biasa dan letakkan sedikit garam. Apabila nasi hampir mendidih, masukkan halia yang dihiris, serta santan, gaul rata. Jika anda rasa terlebih santan atau rasa santan terlalu berlemak, boleh neutralize dengan garam, atau vice versa.

2. Sementara menunggu nasi masak, untuk membuat sambal, tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia. Masukkan minyak ke dalam kuali dgn kuantiti agak bahan tumisan boleh tenggelam sikit supaya bahan tumisan dapat gorengan sempurna.
3. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing sedikit, kemudian masukkan cili kisar. Cili kisar ni boleh letak banyak cuma pedas sikit, lagi banyak lagi sedap sebab saya boleh tahan pedas. Tumis sehinga garing, masukkan sedikit gula (untuk pekatkan warna) dan tumis sehingga naik minyak (lama sikit tapi jangan sampai hangus, nampak kering sikit).
4. Masukkan ikan bilis, kemudian masukkan air asam jawa, kemudian masukkan air mengikut citarasa. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masak sehingga mendidih dan pekat.

6. Bagi bahan lain, boleh tambah ayam goreng, telur rebus, dan timun. Ayam goreng simple sahaja, perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam lebih sikit. Ayam goreng jenis ni tidak perlu perap pun boleh goreng terus. Kemudian goreng dengan api sederhana.

7. Sedia untuk dihidang!

Bagi saya, apa yang paling penting atau fundamental dalam masakan nasi lemak ialah rasa nasi dan sambal. Jadi, practice manipulasikan bahan-bahan ini untuk mendapatkan rasa yang disukai. Contohnya balance santan dan garam dalam nasi, naikkan rasa asam dalam sambal. Semuanya ikut citarasa sendiri, itulah yang saya suka bila masak sendiri. Lagipun bersihhh dan sihatt.

Okay next time saya share lagi. Bye dan assalamualaikum.



No comments

Post a Comment

© AQILAH ALI
Maira Gall