Saturday, April 6, 2019

Kek Coklat Moist (Moist Chocolate Cake)


Kek Coklat Moist Paling Sedap di Dunia


Sebab housemates claim sedap. Selalu buat ni favorite. :)

Disebabkan kek coklat moist ni merupakan salah satu kek favorite saya, jadi saya letak gambar kek coklat moist saya banyak-banyak di post ini.

Lihatlah betapa macronya kualiti gambar ini untuk menaikkan lagi selera yang melihatnya.


A. KEK:


BAHAN - BAHAN:


Dimasak:


1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus (atau gula kastor)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas


Bahan lain:


2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur

Luyang, saiz dan tebal mengikut citarasa. Kalau luyang lebar, kek akan jadi nipis dan cepat sikit masak.


Cara - cara:


1. Campur kesemua bahan-bahan yang perlu dimasak, dan masak dengan api sederhana/kecil.

2. Pukul telur sehingga agak gebu. Kemudian masukkan ke dalam campuran yang dimasak tadi. Api jangan kuat, saya risau telur tu jadi telur goreng pula. Tak pun sup telur hahaha. Tak pernah eksperimen pula.

3. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah ditapis, baking powder, soda bikarbonat, ke dalam bahan yang dimasak. Rasa-rasa acuan telah cair/sekata, tutup api. Gaul sebati, menggunakan whisk tangan pun cukup.

4. Sapu mentega / letakkan kertas kek di dalam luyang untung elak melekat. Masukkan kesemua acuan tadi ke dalam luyang. Jangan lupa tutup luyang dengan aluminum foil / kain untuk elak wap air jatuh ke dalam acuan kek.

Kukus dengan api sederhana selama lebih kurang satu jam (Jika luyang lebar dan bulat). Kalau acuan macam kek saya ni, lebih kurang 2 jam jugalah sebab tebal. Biar sahaja tunggu masak, cek dengan lidi, dan tak akan hangus sebab kukus, selagi ada air lah. Haha.




B. TOPPING:


Bahan - bahan:


1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Chocolate rice


Cara - cara:


1. Setelah kek siap, biarkan seketika.

2. Campurkan kesemua bahan kecuali chocolate rice, masak dengan teknik double boiling.
Susu pekat - untuk menambahkan volume dan tekstur likuid topping.
Minyak masak - untuk mengekalkan konsistensi likuid. Lagi banyak, lagi mudah cair dalam jangka masa yang lama.
3. Optional: Bahagikan kek di tengah, kemudian letakkan campuran topping tadi di antara kek tersebut. Kalau kek nipis sangat, tak sesuai, nanti hancur.

4. Kemudian letakkan topping di atas kek. Hias dengan chocolate rice. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidang.



Apa yang lebih menarik tentang kek coklat moist ialah teknik pembuatannya tidak perlu seteliti kek bakar. Jika inginkan kek separuh saiz, bahagikan sahaja kuantiti bahan-bahan tadi, dan seterusnya.

No comments

Post a Comment

© AQILAH ALI
Maira Gall