Thursday, November 29, 2018

Resipi Rendang Ayam

Rendang Ayam

(2 orang makan)


Bahan - bahan:


Ditumbuk (Blend pun boleh):
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas (1 inci)
Kunyit (1 inci)
Halia (1 inci)

Serai (Dititik)

Bahan lain:
Cili blend (3 sudu ikut kepedasan)
Ayam (5 ketul sayap ayam) Santan kelapa (Ikut selera berlemak atau tidak)
Air asam jawa (Sedikit sahaja)
Kerisik (1 sudu)

Cara - cara:


1. Masukkan minyak. Tumis bahan - bahan yg telah ditumbuk berserta serai. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili blend. Tumis sehingga pecah minyak. Letak sedikit gula (supaya jadi merah pekat).
3. Masukkan sedikit santan. Kemudian masukkan ayam biar masuk rasa dalam isi ayam. Biar seketika dengan api sederhana.
4. Masukkan santan kelapa, air asam jawa, dan kerisik.
5. Rasakan dengan gula dan garam. Sedia untuk dihidang.


No comments

Post a Comment

© AQILAH ALI
Maira Gall