Friday, September 7, 2018

Resipi Kari Ayam Simple

(Hidangan untuk 2 orang makan)


Bahan - bahan:

  • Bawang merah, bawang putih, halia - ditumbuk
  • Kayu manis, bunga lawang, pelaga (Optional, saya tak letak)
  • Cili blend
  • Serbuk kari
  • Ayam (saya gunakan lima sayap ayam)
  • Air (400ml atau secukupnya ikutlah untuk pekat dan pedas)
  • Kentang (Optional)
  • Daun Kari
  • Santan kelapa (Tiada pun ok)



Cara - cara:


1. Masukkan minyak.
2. Tumiskan rempah (kayu manis, bunga lawang, pelaga), bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah ditumbuk, sehingga naik bau/sehingga garingan yang sesuai.
3. Masukkan cili blend sehingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari yang telah dicampur air (campur air bagi mengelakkan kari mudah hangus). Tumiskan serbuk kari ini sehingga pecah minyak dan menjadi pekat dan kemerahan.
5. Masukkan ayam, dengan api sederhana, biar seketika (boleh tutup) supaya rasa penetrate dalam ayam.
5. Masukkan air mengikut selera masing - masing, saya letak sedikit sahaja air sebab nanti nak letak santan.
6. Masukkan kentang dan biar sehingga lembut sikit.
7. Boleh masukkan daun kari. Daun kari letak bila - bila pun boleh, time tumis dengan minyak pun boleh.
8. Masukkan santan dan biar sehingga mendidih. Yang ni optional, ada orang tak suka letak santan.
9. Perasakan dengan gula dan garam. Sedia untuk dihidang!



No comments

Post a Comment

© AQILAH ALI
Maira Gall