Assalamualaikum and hi,
Bahan - Bahan:
- 6 biji kentang
- 1/2 biji bawang merah besar dihiris untuk digoreng
- Daun sup atau daun celery
- Lada besar
- 0.5 sudu makan gula
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu teh lada putih
- 1 biji telur
Cara - cara:
1. Potong kentang kepada beberapa bahagian sesuai untuk digoreng. Goreng sehingga kentang lembut.
2. Lenyekkan kentang yang telah digoreng tadi menggunakan penumbuk lesung.
3. Goreng bawang merah.
4. Masukkan bawang yang telah digoreng, daun sup, lada besar, gula, garam, lada putih. Gaul rata.
5. Bentukkan doh menjadi bulat dan mampat.
6. Salut dengan telur yang telah dipukul.
7. Goreng dengan api sederhana dan balikkan hanya sekali agar bergedil garing dan tidak terlalu berminyak.
Sedia untuk dihidang.
No comments
Post a Comment