Saturday, February 6, 2021

LHDN Scam

Assalamualaikum dan hi,

Tadi dapat panggilan +60120791045 scammer. Mula-mula saya ingat J&T courier call suruh collect barang tiba-tiba ada sistem voice bercakap, ada amaran terakhir dari LHDN tentang tunggakan cukai, untuk bercakap dengan customer service tekan 9. Ok dari sini actually rasa pelik sebab nombor tu nombor mobile biasa. Tapi mereka akan sentiasa update nombor baru supaya tak detected oleh True Caller.

Saya continue... Bila tekan 9 (atau apa-apa nombor je kot) dia akan direct kepada customer service bernama Elyana Abdullah dan beri saya nombor kes PHG 133-079-2020 tunggakan cukai bawah syarikat Anco Marketing & Supply, Kuantan Pahang (Pembekal alat-alat pejabat). Bila saya kata tak pernah daftar, dia konon buat terkejut then dia nak acah buat confirmation dengan beberapa soalan, pernah tak data atau nombor IC saya leaked kat mana-mana. Saya kat mungkin pernah dalam pendaftaran. Then dia kata okay kalau nak settle dia akan redirect nombor pada pegawai LHDN. Kemudian bila bercakap dengan pegawai LHDN ni, dia tanya pernah daftar apa-apa kat Kuantan, Pahang ke saya kat tak. Time ni pun tak fishy sangat. Tapi start dia asyik tanya saya sekarang kat mana dan setiap kali saya kata kat Labuan, WP. Dia macam ??? Labuan ??? Boleh saya tahu Labuan kat mana. Memang ramai orang tak tahu Labuan kat mana tapi tak kan Pegawai LHDN kot??? Then add up dengan nombor mobile lagi kan.

Lepas tu dia kata saya kena buat laporan polis sebab kalau tak LHDN akan deduct duit dari mana-mana akaun bank saya sebelum pukul 4pm (yg ni dia tekankan balik-balik ye). Time tu baru 2pm, then saya macam ok saya buat laporan polis sekarang kan? Dia boleh tanya, cik nak buat laporan kat mana? Saya kata "kat Labuan" then dia kata tak boleh, sebab pendaftaran ni kat Pahang, jadi kena lapor kat Pahang. Bahasa dia pun agak tunggang langgang ye. Start dari customer service yang paling awal lagi, bahasa dia macam setakat B+ SPM. Ada yang saya tak faham sebab time tu dalam otak saya cuma nak contact Balai Polis Labuan je atau LHDN. Selain itu, benda yang saya fikir juga, okay saya akan transfer semua duit saya kat family member saya so LHDN tak dapat nak deduct apa. Kira boleh tangguh lah urusan kalau last minit sangat hahaha. Paling-paling pun naik mahkamah, at least saya tak terjejas dengan duit deducted sebab takde apa yg nak deduct.

Walaubagaimanapun berbalik kepada cerita asal, dia insist dia cakap kena report dengan Polis Pahang tempat saya daftar syarikat ni. Jadi saya macam??? Prosedur dia macam mana? Start sini makin fishy dah. Sebab saya tahu kalau lapor apa-apa boleh je dari balai terdekat. Jauh tak jauh pergi KL ke Pahang ke, tu terserah dengan pejabat polis. Yang penting BALAI TERDEKAT. Lepas tu tiba-tiba panggilan terputus dan ada nombor dari +870383138888 call lagi. Dalam True Caller nama dia "Spam - Scammer from LHDN". Jadi saya pun tak angkat lah haha.

Alhamdulillah yang penting saya dan duit-duit saya tak apa-apa. :)

Ni link dari sumber lain:

https://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/87095052222?fbclid=IwAR0HIi7HIlFL28TdzH0iSpPfVXI4cnL2zPDCf7H0ZsN_70dXy3Ju_sZ_acQ#p1798856625042843019

https://www.facebook.com/kluanginformation/posts/d41d8cd9/2823743231194709/

Ingat ya, mustahil LHDN akan hubungi secara tiba-tiba untuk AMARAN TERAKHIR. Nampak sangat scammer tu desperate duit. At least kita kena hati-hati dengan cek email/hubungi polis/LHDN sebelum percaya. Nasihat saya juga, tolong install True Caller dari Play/App Store. Okay itu sahaja dari saya. Semoga kita semua dilindungi Allah.

No comments

Post a Comment

© AQILAH ALI
Maira Gall