Sunday, January 26, 2020

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api




Bahan - bahan:


  1. Ayam
  2. Santan
  3. Kentang
  4. 1 batang serai dititik
  5. 1/2 helai daun kunyit - hiris halus
  6. 1 keping asam keping
  7. Cili padi


Bahan yang dikisar:


  1. 20 tangkai cili api kampung
  2. 1 inci kunyit hidup


Cara - cara:

1. Tumis bahan yang dikisar di dalam kuali, masukkan serai sehingga cili agak kering.
2. Masukkan ayam, kentang, dan kacau sehingga agak sebati dengan tumisan.
3. Masukkan santan pekat, asam keping, dan cili padi. Masak dengan api perlahan sehingga ayam lembut.
4. Akhir sekali, masukkan garam dan tabur daun kunyit.


Note: Daun kunyit tidak ditaburkan di dalam gambar.

No comments

Post a Comment

© AQILAH ALI
Maira Gall